Terima kasih kerana melawat laman web ini. Laman web ini ("Laman") adalah perkhidmatan yang tersedia oleh Seven
Streams Sdn Bhd, salah satu syarikat di bawah naungan Seven Group of Companies ('kami'). Semua kandungan, maklumat dan perkhidmatan
yang disediakan di dan melalui Laman kami hanya boleh digunakan di bawah terma dan syarat yang berikut.
PENGGUNAAN LAMAN KAMI MERUPAKAN PERSETUJUAN ANDA UNTUK MEMATUHI TERMA DAN
SYARAT BERIKUT. SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN BAIK SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK
BERSETUJU DENGAN MANA-MANA BAHAGIAN TERMA PENGGUNAAN INI, ANDA MESTI BERHENTI DARI TERUS MENGGUNAKAN LAMAN INI.
Hak Pengguna Anda
Anda diberi hak terhad, tidak ekslusif dan tidak boleh dipindahkan untuk mencapai Laman dan kandungannya mengikut
Terma Penggunaan ini. Sekiranya anda di bawah 18 tahun, anda hanya boleh menggunakan Laman kami dengan penglibatan ibubapa
atau penjaga. Laman kami berada di Malaysia tetapi mengandungi maklumat umum yang sesuai untuk dicapai dan diguna secara
global. Kami tidak membuat pernyataan bahawa semua bahan di Laman kami adalah sesuai atau tersedia untuk penggunaan di lokasi di luar
Malaysia, dan mencapainya dari wilayah di mana kandungan mereka adalah tidak sah adalah dilarang. Apa-apa rujukan pada Laman ini kepada
produk dan perkhidmatan tertentu hanya berkaitan kepada yang tersedia di Malaysia, dan apa-apa dakwaan dan perbandingan produk kepada
produk lain di Laman ini hanya berkaitan di dalam Malaysia sahaja. Sekiranya anda mencapai Laman ini dari luar Malaysia, anda boleh memilih
untuk laman web tempatan di mana anda boleh mendapatkan maklumat mengenai produk, dakwaan dan perbandingan yang dapat digunakan
di lokasi anda (Lihat Pautan ke Laman Web Gabungan, di bawah). Mereka yang mencapai Laman ini dari lokasi lain berbuat demikian
di atas kehendak mereka sendiri dan bertanggungjawab mematuhi undang-undang tempatan, termasuk undang-undang mengenai
penghantaran data teknikal yang dieksport dari Malaysia atau wilayah di mana mereka tinggal.
Kami berhak untuk menolak dari memberikan sebarang perkhidmatan mengikut budi bicara kami, walaupun tanpa notis.
Anda bertanggungjawab penuh ke atas penggunaan Laman ini, dan anda bersetuju untuk memberi pampasan, menganggap ketidakmudaratan
dan membela kami dari apa-apa tuntutan, ganti rugi, kehilangan, lialibiliti, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang disebabkan
oleh penggunaan atau penyalahgunaan anda terhadap Laman ini. Menampal atau menghantar apa-apa bahan menyalahi undang-undang,
ancaman, fitnah bertulis, pernyataan fitnah, lucah, tidak senonoh, bersifat menghasut, lucah atau bahan karut, atau apa-apa bahan yang
membentuk atau menggalakkan kelakuan yang dianggap suatu kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil, atau mencabuli undang-undang
dengan apa-apa cara sekalipun, adalah dilarang sama sekali.
Pembatasan Penggunaan Anda
Tiada bahan dari Laman kami boleh disalin, dihasilkan semula, diterbitkan semula, dimuat turun, ditampal, dipaparkan,
dihantar, atau diedarkan dalam apa cara sekali pun, kecuali anda memuatturun satu salinan dari bahan-bahan ini kepada sebuah komputer
hanya untuk kegunaan peribadi dan kegunaan bukan komersial, dengan syarat (i) anda menyimpan dengan baik semua notis
hak cipta dan lain-lain hak empunya, dan (ii) anda tidak membuat apa-apa modifikasi kepada bahan-bahan itu. Anda tidak boleh, dengan tanpa
mendapat kebenaran bertulis daripada kami, merangkakan atau mencerminkan apa-apa bahan dalam Laman ini atau di mana-mana pelayan
lain. Penggunaan tanpa kebenaran mana-mana bahan ini pada mana-mana laman Web atau persekitaran komputer lain adalah dilarang
dengan jelas. Semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama perdagangan, dan pakaian perdagangan adalah hak kami.
Privasi dan Maklumat Peribadi Anda
Semasa menggunakan Laman kami, anda juga tertakluk kepada terma Kenyataan Privasi kami. Anda mengakui bahawa
anda telah membaca dan memahami Kenyataan Privasi kami, dan bersetuju apa-apa maklumat peribadi anda yang telah diberikan digunakan
menurut perjanjian, dan untuk tujuan yang telah ditetapkan, di dalam Kenyataan Privasi kami.
Hak Harta Intelektual
Hak cipta Reka bentuk, teks, kandungan, pilihan dan penyusunan
elemen, pengurusan, grafik, kompilasi, terjemahan magnetik, penukaran digital Laman dan lain-lain hal yang berkaitan dengan Laman
dipelihara dibawah undang-undang hak cipta yang dapat dikenakan, HAK CIPTA TERPELIHARA. Penampalan mana-mana elemen tadi
pada Laman kami tidak membentuk penafian mana-mana hak dalam elemen tersebut. Anda tidak memperoleh hak pemilikan ke atas
mana-mana elemen tersebut yang dilihat melalui Laman. Kecuali selain daripada yang terkandung di dalam ini, tiada elemen ini boleh
diguna, disalin, dihasilkan semula, dimuat turun, ditampal, dipaparkan, dihantar, diubah suai atau diedarkan dalam apa bentuk sekali pun
atau dengan apa cara sekali pun, termasuk, tanpa had, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau lain-lain, tanpa kebenaran bertulis
daripada kami terlebih dahulu.
Tanda dagangan Logo, dan semua nama produk, nama syarikat,
dan logo lain, melainkan dimaklumkan sebaliknya, adalah tanda dagangan Seven Streams Sdn Bhd, Malaysia, atau gabungannya atau
syarikat lain dibawah pemilikan atau kuasa bersama ("Tanda"). Semua tanda dagangan lain, nama produk, nama syarikat, logo, tanda
servis, dan/atau pakaian dagangan yang disebut, dipaparkan, dipetik atau ditunjukkan selainnya di laman adalah harta pemilik
masing-masing. Penggunaan atau penyalahgunaan mana-mana Tanda atau mana-mana bahan lain yang terkandung di dalam Laman ini,
dengan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari pemiliknya, adalah dilarang dengan jelasnya.
Penafian Waranti
LAMAN KAMI DAN KANDUNGANNYA DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN "SEBAGAIMANA TERSEDIA,"
TANPA APA-APA JENIS WARANTI. KAMI DENGAN JELASNYA MENAFIKAN SEMUA WARANTI KE TAHAP YANG PALING TINGGI
YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIKENAKAN, SAMADA YANG DINYATAKAN ATAU YANG TERSIRAT,
TERMASUK TANPA HAD WARANTI KEBOLEH NIAGAAN, KESEDIAAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAK PELANGGARAN,
DAN YANG TIMBUL DISEBABKAN UNDANG-UNDANG ATAU SELAINNYA DALAM UNDANG-UNDANG ATAU MELALUI JALAN PERLAKUAN
ATAU PENGGUNAAN PERDAGANGAN. KAMI TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN ATAU APA-APA WARANTI SEKALIPUN BERKAITAN
KESEMPURNAAN, KETEPATAN, KEBENARAN, INTEGRITI, KEBOLEHPERCAYAAN, KELUASAN PENGGUNAAN, KECUKUPAN, KESESUAIAN,
KEFUNGSIAN, KETERSEDIAAN, ATAU PENGOPERASIAN LAMAN INI ATAU KANDUNGANNYA ATAU PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
PADA, ATAU BOLEH DICAPAI DARIPADA, LAMAN INI. KAMI TIDAK MENJAMIN BAHAWA PENGOPERASIAN LAMAN INI TIDAK TERGANGGU
ATAU BEBAS DARI RALAT, ATAU BAHAWA LAMAN INI BEBAS DARI VIRUS DAN KOMPONEN MERBAHAYA YANG LAIN KEPADA
PELENGKAPAN ATAU PERISIAN.
Pembatasan Liabiliti
DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB, ATAU KAMI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB,
ATAS APA-APA KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, ATAU TURUTAN YANG TERBIT AKIBAT ATAU
BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN INI (ATAU KANDUNGAN ATAU PERKHIDMATAN
YANG DISEDIAKAN DI, ATAU KEBOLEHAN MENCAPAI DARI LAMAN INI), ATAU SEBALIKNYA, MESKIPUN JIKA KAMI TELAH MEMBERITAHU
KEMUNGKINANNYA BERLAKU KEROSAKAN YANG SEDEMIKIAN.
Ralat dan Pembetulan
Walaupun kami berusaha secara berterusan untuk memasukkan maklumat yang tepat dan terkini dalam Laman kami,
kami tidak menjamin atau membuat pernyataan bahawa Laman ini adalah bebas-ralat. Ralat semasa memasukkan data atau lain-lain masalah
teknikal kadangkala mungkin menyebabkan maklumat tidak tepat dipaparkan. Kami berhak untuk membetulkan apa-apa ketidaktepatan
atau ralat tipografi pada Laman kami, dan kami tidak akan bertanggungjawab atas ralat yang sedemikian. Kami juga mungkin membuat perbaikan
dan/atau perubahan kepada ciri, kefungsian atau kandungan Laman ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda melihat apa-apa maklumat atau
penerangan yang anda yakin adalah salah, sila hubungi kami sebagaimana yang dijelaskan dalam bahagian "Hubungi Kami" di bawah, dan kami
akan mengesahkannya untuk anda.
Pautan ke Laman Web Gabungan
Laman kami mempunyai pautan dengan laman Web gabungan ("Gabungan"), yang membolehkan anda menerima maklumat
tertentu mengenai ketersediaan produk, dakwaan dan perbandingan yang boleh digunakan di lokasi anda. Gabungan adalah bertanggungjawab
untuk, dan berusaha untuk membuat tinjauan semula, laman Web mereka masing-masing supaya menuruti undang-undang yang boleh
dikenakan di dalam bidang kuasa masing-masing. Pautan ini disediakan semata-mata untuk kemudahan anda. Kami tidak menyokong atau
menerima apa-apa tanggung jawab untuk kandungan, atau kemudahan mencapai sumber yang tersedia di mana-mana Web gabungan. Kami
sarankan anda membuat tinjauan semula terma penggunaan setiap gabungan yang anda pilih untuk dicapai dari Laman kami.
Makluman Anda
Kami gembira mendengar dari pengguna Laman kami dan sedia menerima komen anda mengenai kandungan dan
perkhidmatan kami. Selain daripada maklumat pengenalan peribadi, yang dilindungi di bawah Kenyataan Privasi Laman ini, sebarang cadangan,
ide, konsep, bahan atau maklumat lain yang anda serahkan kepada, atau hantar melalui, Laman ini ("Penyerahan") akan menjadi, dan
akan tetap sebagai harta eksklusif kami. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan terhadap Penyerahan tersebut dan bebas untuk
menggunakan dan menyampaikan Penyerahan itu kepada orang lain tanpa batasan.
Penguasaan Undang-undang dan Bidang kuasa
Terma-terma penggunaan ini dikuasai oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia, tanpa memberi kesan kepada
konflik prinsip undang-undang. Apa-apa kontroversi atau pertikaian yang timbul dari penggunaan Laman kami akan diserah, dan persetujuan
anda tidak boleh ditarik balik, kepada bidang kuasa peribadi mana-mana mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di Malaysia.
Sekiranya mana-mana peruntukan Terma Penggunaan didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau kerana apa-apa sebab yang tidak
boleh dikuat kuasakan, maka peruntukan itu akan dianggap diubah dan tidak akan menjejaskan kesahan dan penguatkuasaan mana-mana
peruntukan yang tinggal.
Perubahan kepada Terma Penggunaan
Kami memelihara hak, dalam budi bicara kami untuk mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa. Versi Terma
Penggunaan yang telah dikemaskini akan diletakkan di sini, di Laman kami dan ianya berkuatkuasa serta-merta. Tarikh versi terbaru
ditampal di bawah. Sila semak semula selalu, terutamanya sebelum menggunakan Laman kami, untuk melihat samada Terma Penggunaan
ini telah berubah. Penggunaan berterusan Laman ini selepas apa-apa perubahan kepada Terma Penggunaan merupakan penerimaan anda
terhadap perubahan-perubahan ini.
Dikemaskini dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2007
©2007 Seven Streams Sdn Bhd, Malaysia, semua hak terpelihara.
‹‹ Kembali ke atas
|