Revitalize your life with pH power. Tingkatkan daya hidup anda dengan kuasa pH.
 




Terima kasih kerana melawat laman web ini ('Laman" kami). Kami menghargai peluang berinteraksi dengan anda di Internet dan terikat dalam melindungi privasi anda. Tujuan Kenyataan Privasi ini adalah untuk memaklumkan kepada anda mengenai jenis maklumat yang mungkin kami kumpulkan mengenai anda apabila anda melawat Laman kami, bagaimana kami mungkin menggunakan maklumat tersebut, samada kami mendedahkannya kepada orang lain, dan pilihan anda mengenai penggunaan kami terhadap maklumat tersebut dan kemampuan anda untuk membetulkan maklumat itu.

Maklumat yang kami kumpulkan dan bagaimana kami mengumpulkannya

Apa-apa maklumat yang kami kumpul daripada Laman kami secara amnya terbahagi kepada dua kategori: Maklumat Pengenalan Peribadi dan Maklumat Agregat

1. Maklumat Pengenalan Peribadi: Ini merujuk kepada maklumat yang memberitahu kami siapa anda secara khusus. Secara amnya, anda boleh melawat Laman kami tanpa memberitahu kami siapa anda atau mendedahkan apa-apa Maklumat Pengenalan Peribadi. Pengguna-pengguna tetamu boleh, secara sukarela memberi Maklumat Pengenalan Peribadi (seperti nama, alamat e-mel dan negara asal) untuk kami menghubungi anda, termasuk melalui e-mel, untuk memberi maklumbalas kepada komen atau pertanyaan anda. Dalam hal demikian, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi tersebut, termasuk Maklumat Pengenalan Peribadi, dalam sebuah fail yang khusus buat anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik sekiranya anda menghubungi kami lagi.

2. Maklumat Agregat: Ini merujuk kepada maklumat yang dengan sendirinya tidak memperkenalkan anda sebagai individu yang khusus. Maklumat tersebut termasuk Uniform Resource Locator ("URL") laman Web yang merujukkan anda kepada Laman kami, alamat Internet Protocol ("IP") (nombor yang diberi kepada komputer anda secara automatik setiap kali anda melayari Web), sistem operasi dan jenis penyemak imbas anda dan apa-apa kata-kata carian yang telah anda masukkan pada Laman kami. Laman kami mengumpul maklumat ini supaya kami dapat mengawasi tahap aktiviti Laman ini, menilai keberkesanannya dan memperbaiki kandungan Laman ini untuk menjadikan lawatan anda suatu pengalaman yang mudah dan menggembirakan.

Kami mungkin mengumpul, menyusun, menyimpan, menerbitkan, mempromosikan, melaporkan atau mendedahkan dengan cara selainnya atau menggunakan Maklumat Agregat ini, dengan syarat, maklumat tersebut tidak memperkenalkan anda secara peribadi. Kami tidak mengaitkan apa-apa Maklumat Pengenalan Peribadi dengan Maklumat Agregat yang kami kumpul pada Laman kami. Sekiranya kami mengaitkan apa-apa Maklumat Agregat kepada anda, ia akan dilindungi sebagaimana Maklumat Pengenalan Peribadi yang lain di bawah Kenyataan Privasi.

Berkongsi Maklumat Anda

Kecuali sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Kenyataan Privasi, kami tidak menjual, meniagakan, menyewa atau menghantar semula dengan cara selainnya apa-apa Maklumat Pengenalan Peribadi yang dikumpul secara dalam talian melainkan kami telah mendapat kebenaran anda. Apa-apa Maklumat Pengenalan peribadi yang anda beri kepada kami akan disimpan di pangkalan data kami di Malaysia.

Kami mungkin berkongsi Maklumat Pengenalan Peribadi yang anda beri secara dalam talian dengan entiti lain berkaitan dengan Seven Group of Companies dan/atau rakan kongsi niaga yang dipercayai yang bekerjasama dengan kami dan juga dengan mereka yang menyediakan perkhidmatan kepada Laman kami. Apabila kami mengambil agen atau kontraktor pihak-ketiga yang tidak-bersekutu, kami meminta mereka supaya juga menghormati kehendak Kenyataan Privasi ini.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin dikehendaki memberi Maklumat Pengenalan Peribadi ketika menjawab perintah mahkamah, sepina atau siasatan kerajaan. Kami juga berhak untuk membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang apa-apa aktiviti yang kami percayai adalah menyalahi undang-indang. Kami mungkin mendedahkan Maklumat Pengenalan Peribadi apabila kami mempercayai bahawa pendedahan sedemikian itu perlu untuk menguatkuasakan atau mengaplikasikan Terma Penggunaan atau untuk melindungi hak, harta dan keselamatan orang lain dan diri kami sendiri.

Sekiranya Seven Streams Sdn Bhd atau entiti yang berkaitan bergabung dengan atau diperolehi oleh entiti perniagaan yang lain, atau aset masing-masing diperolehi, anda seharusnya menjangka bahawa kami akan mengongsi sebahagian atau semua Maklumat Pengenalan Peribadi anda dengan syarikat yang melayani anda dan pengguna-pengguna lain Laman kami.

Pilihan Anda

Kebenaran anda tetap diminta terlebih dahulu. Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi Maklumat Pengenalan Peribadi yang dikumpul di Laman kami dengan cara yang tidak berkaitan dengan tujuan anda memberi maklumat tersebut, termasuk yang dihuraikan di atas, tanpa memberi anda pilihan samada untuk membenarkan apa-apa penggunaan yang tidak berkaitan itu.

Mencapai dan Membetulkan Maklumat Anda

Kami mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk memastikan apa-apa Maklumat Pengenalan Peribadi yang dikumpul pada Laman kami adalah tepat, terkini, lengkap dan boleh dipercayai untuk penggunaan yang dimaksudkan. Sekiranya anda ingin mengemaskinikan atau membuat pembetulan kepada Maklumat Pengenalan Peribadi yang telah anda berikan kepada kami, anda boleh menghubungi kami.

Melindungi Maklumat Anda

Kami mengiktiraf kepercayaan anda dan terikat untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Maklumat Pengenalan Peribadi yang anda beri secara dalam talian daripada hilang, disalahgunakan dan dicapai tanpa kebenaran. Kami menggunakan proses fizikal, elektronik dan pengurusan untuk melindungi dan menjamin maklumat anda.

Penggunaan Kuki di Laman ini

Kuki (Cookies) adalah fail data kecil yang dipindahkan ke pemacu keras komputer anda yang membolehkan laman Web memberi respons kepada anda sebagai seorang individu, mengutip dan mengingati maklumat mengenai kegemaran anda supaya dapat menyesuaikan operasinya kepada kehendak, kegemaran dan ketidaksukaan anda. Pada keseluruhannya, kuki adalah selamat, kerana ianya hanya mengenalpasti komputer anda untuk membentuk pengalaman Web anda mengikut kehendak dan kesukaan anda. Menerima kuki tidak memberi capaian terus kepada komputer anda atau apa-apa Maklumat Pengenalan Peribadi mengenai anda, selain daripada maklumat yang ingin anda kongsikan bersama. Pelayan (Server) lain tidak boleh membacanya, dan tidak boleh pula digunakan untuk menghantar virus.

Kebanyakan penyemak imbas (browser) menerima kuki secara automatik, tetapi biasanya, anda boleh melaraskan penyemak imbas anda untuk memberitahu anda mengenai permintaan penetapan kuki, enggan menerima kuki tertentu atau menolak kuki sepenuhnya.

Bagi menyokong ciri keperibadian pada Laman kami (seperti negara anda dan kod bahasa) kami perlu menghantar kuki kepada pemacu keras komputer anda dan/atau menggunakan pengesahan berasaskan kuki untuk mengenalpasti anda sebagai pengguna Laman kami. Walaubagaimanapun, kami tidak menggunakan kuki pengawasan (surveillance) yang mengesan aktiviti anda di laman web lain.

Penggunaan Active-X dan JAVA Applets di Laman ini

Program Active-X dan applet JAVA adalah program pelaksanaan yang boleh dipindahkan ke pemacu keras komputer anda untuk membolehkan komputer anda melaksanakan fungsi yang berkaitan dengan lawatan anda ke laman Web. Laman kami tidak memindahkan program Active-X atau applet JAVA ke pemacu keras komputer anda.

Penggunaan Media Pihak-Ketiga dan Syarikat Penyelidikan

Laman kami tidak menjalankan iklan pihak ketiga, dan tidak pula menggunakan media pihak ketiga dan syarikat penyelidikan untuk meletakkan iklan bagi pihak kami pada laman Web pihak lain. Dari semasa ke semasa, kami mungkin mengiklankan jenama kami pada laman pihak ketiga.

Pautan ke Laman Web Lain

Pautan ke laman Web pihak ketiga mungkin diberi semata-mata untuk maklumat dan kemudahan anda. Sekiranya anda menggunakan pautan ini, anda akan meninggalkan Laman kami. Kenyataan Privasi ini tidak meliputi mana - mana laman Web pihak ketiga yang terpaut pada Laman kami, dan kami tidak mengawal kandungan atau polisi privasi mereka. Kami sarankan anda membuat mencapai polisi privasi setiap laman yang anda lawati.

Perlindungan Privasi Kanak-Kanak

Kami mengambil perhatian berat untuk melindungi keperluan privasi kanak-kanak dan menggalakkan ibubapa untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam aktiviti dalam talian anak mereka. Laman kami tidak disasarkan dan tidak dimaksudkan untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun, dan kami tidak akan secara sedar mengumpul Maklumat Pengenalan Peribadi daripada mereka. Sekiranya kami menemui data peribadi daripada seorang kanak-kanak melalui Laman kami, kami akan menyingkirkan data tersebut.

Dikemaskini dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2007

©2007 Seven Streams Sdn Bhd, Malaysia, semua hak terpelihara.

‹‹ Kembali ke atas